Friday, August 27, 2010

REFLEKSI

Sebenarnya sudah lama saya mengimpikan untuk membersih masjid dan hari ini impian saya telah tertunai. Banyak pengalaman yang saya perolehi melalui aktiviti ini dan saya berasa sangat teruja bercampur gembira kerana telah berbakti kepada diri sendiri dan masyarakat. Dari mula saya sampai ke masjid tersebut saya telah melakukan banyak kerja antaranya menyapu lantai, mevakum permaidani, membersihkan sarang labah-labah, menyusun sajadah, dan sebagainya. Melalui aktiviti ini saya dapat merasai betapa tenangnya jiwa saya berada di masjid. Aktiviti ini mengajar diri saya supaya bersabar dalam melakukan pelbagai perkara, memupuk semangat kerjasama, dan mengeratkan hubungan saya dengan rakan-rakan.

No comments:

Post a Comment