Thursday, September 2, 2010

Refleksi Fasilitator

Saya berasa sangat seronok, teruja, dan gembira sepanjang mengendalikan program Kembara Inspirasi ini. Banyak pengalaman yang saya perolehi melalui program ini. Idea-idea baru juga saya perolehi melalui perbincangan bersama rakan-rakan fasi yang lain. Sebenarnya, fasi yang mengikuti program ini terdiri daripada pelajar UPSI yang berlainan jurusan antaranya matematik, fizik, sejarah, bahasa melayu, sains sukan, kaunseling, pendidikan islam dan ada juga pelajar Master. Fasi juga terdiri daripada pelbagai semester dan kebanyakannya berpengalaman dalam pelbagai jawatan antaranya Jawatankuasa Mahasiswa Kolej, Pengarah, Setiausaha, Bendahari, dan sebagainya dalam persatuan masing-masing. Jadi, gabungan idea untuk menggubal modul dan memilih aktiviti sangat hebat sehingga kami berjaya melaksanakan program ini. Komen daripada pelajar yang paling menyentuh hati saya adalah kebanyakannya sangat seronok dan gembira mengikuti program ini disamping mendapat ilmu. Kata-kata peserta yang tidak dapat dilupakan adalah "ini adalah program yang paling 'best' yang pernah saya ikuti".

ICE BREAKING


Peserta dikehendaki menyiapkan sandwich bersama-sama ahli kumpulan, selepas siap semua peserta dalam setiap kumpulan dikehendaki makan sampai habis. Sanwich tersebut hanya mengandungi sayur, roti, dan sos sahaja.

ICE BREAKING


Ini antara perkara yang perlu dilakukan peserta, iaitu menukar kasut antara satu sama lain. Melalui aktiviti ini saya sudah nampak kejelekitan antara pelajar semakin kuat yang pada awalnya nampak dingin antara satu sama lain.

LDK-Kreatif Minda


Peserta dikehendaki berbincang dalam kumpulan untuk memikirkan barang yang akan dihasilkan 10 tahun akan datang. Barang tersebut mestilah canggih dan mempuyai pelbagai kegunaan. Selepas masa tamat setiap kumpulan mesti membentangkan hasil mereka.

REFLEKSI


Peserta diberi peluang untuk berkongsi rasa dan apa yang diperolehi dalam setiap aktiviti.

LATIHAN DALAM KUMPULAN


Pelajar dikehendaki membaling kertas dan kapas dengan menggunakan cara-cara tertentu dan jarak-jarak tertentu dan mesti mengenai sasaran yang sudah ditetapkan.

EXPLORACE-TTDI


Dalam aktiviti ini para pserta terpaksa melalui pelbagai halangan yang agak sukar. Tujuan aktiviti ini adalah untuk meningkatakan ketahanan mental dan fizikal disamping meningkatkan kecergasan mereka.

PERSEMBAHAN FASI


Persembahan ini dibuat secara spontan tanpa ada latihan dan perancangan yang lama. 2 orang Fasilitator mendeklamasikan sajak yang bertemakan jasa guru dan fasilitator yang lain menyanyikan lagu 'biarku menjadi lilin' sambil memegang lilin simbolik kepada usaha guru yang sanggup membakar diri demi menerangi orang lain.

PERASMIAN PENUTUP


Perasmian penutup ini dilakukan oleh pengetua SMK TTDI. Beliau memberi sedikit ucapan yang mengandungi kata-kata nasihat kepada para pelajarnya supaya memanfaatkan sebaik mungkin ilmu yang diperolehi dalam program Kembara Inspirasi ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak kami selaku pelajar UPSI dan penganjur.

Penyampaian Hadiah Kepada Peserta Program

Sebagai Kenangan

Perasmian penutup dilakukan oleh pengetua. Penyampaian hamper kepada kumpulan terbaik dan cenderahati kepada tetamu jemputan sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Oleh: Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

60 Petua Mendapatkan Pasangan

Filed under: BUAH FIKIRAN — Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah at 11:04 am on Wednesday, August 18, 2010

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

Mutiara kata

LIMITASI

Kaunseling Yang Beretika

  1. Kerahsiaan:
    • Perkhidmatan kaunseling adalah berpandukan Piawaian Amalan Kaunseling (Standards of Practice) serta memelihara Kod Etika. Setiap maklumat dalam sesi kaunseling adalah dijamin kerahsiaannya
    • Maklumat klien tidak akan diberitahu kepada mana-mana pihak melainkan setelah mendapat kebenaran dan persetujuan klien demi kebaikan klien sendiri.
    (Sumber: http://ramlanhamzah.tripod.com/ekaunseling/id8.html)

JENIS PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN.

Kaunseling Trauma

Objektif

  1. Untuk mengurangkan stress/ketegangan dan kekecewaan di tempat kerja
  2. Untuk meningkatkan keyakinan mengenai kemahiran dan kebolehan di tempat kerja
  3. Untuk menstabilkan emosi dan meningkatkan produktiviti
  4. Untuk mengurangkan kebimbangan dan tingkah laku yang tidak diingini
  5. Untuk mengurangkan dan mengikis sikap dan perasaan negatif
  6. Untuk mengurangkan penderitaan emosi yang disebabkan oleh kejadian traumatik

Indetifikasi Peringkat/Tahap taruma

    Tahap I : Luahan Rasa (Outcry)

    Tahap II : Penafian (Denial)

    Tahap III : Gangguan (Interruption)

    Tahap IV : Mengalami (Working Through)

Reaksi Psikologikal Terhadap Trauma

    Gangguan Emosi (Emotional Disturbance)

    Kecelaruan Kognitif (Cognitive Disorders)

    Hyperarousal

    Penderitaan Fizikal (Physical Pain)

Tahap-tahap Pemulihan

    Kesedaran Mengenai Kesan Trauma (Awareness of the effects of trauma)

    Tahap Kefungsian Yang Minima (Minima Level of Fuctioning)

    Penghindaran (Avoidance)

    Penerimaan (Acceptance)

    Ubah hala (Redirection)

Proses Pemulihan dan Susulan

    Individu (Individual)

    Sokongan Kumpulan Kerja (Group Work Support)

    Sokongan Keluarga (Family Support)

    Struktur Kerja (Work Structure)

Kaunseling Pelajar

Objektif Kaunseling Pelajar

"Untuk memastikan supaya pelajar-pelajar dapat mempertingkatkan keupayaan dan kebolehan dengan menggunakan sepenuhnya potensi diri secara positif dan proaktif melalui perkhidmatan psikologikal"


Objektif Umum Kaunseling Pelajar

  1. Membantu pelajar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan atau persekitaran
  2. Membantu pelajar dalam memberikan maklumat mengenai pemilihan kerjaya yang sesuai
  3. Memberi pengetahuan kepada pelajar dalam proses memahami masalah dan bagaimana menanganinya
  4. Memberi khidmat kaunseling bagi membantu pelajar mengatasi masalah peribadi yang sedang dihadapi
  5. Mengadakan khidmat susulan bagi membantu pelajar dalam menangani masalah atau mengelakkan diri dari masalah baru

Rasional Perkhidmatan Kaunseling

  1. Kewujudan Ketegangan dan ketidakpuasan ditempat kerja.
  2. Ketidakseimbangan emosi.
  3. Kebimbangan tentang kemahiran dan kemampuan.
  4. Perbezaan individu yang bertentangan dengan imej korporat.
  5. Konflik peranan dengan caragaya pentadbiran pengurus.
  6. Perbezaan di antara keperluan personel dengan polisi jabatan.
  7. Prestasi kerja yang tidak memuaskan dan tabiat kerja yang tidak baik.
  8. Masalah peribadi dan keluarga.
  9. Kebosanan kerja dan kekurangan pergerakan kerjaya.
  10. Keperluan pertolongan untuk mengembangkan sesuatu tingkah laku.
  11. Keperluan sokongan dalam menghadapi krisis semasa.

Mengapa Kaunseling Diperlukan

  1. Masalah Pencapaian Mutu Kerja
  2. Masalah Sikap
  3. Masalah Penyesuaian Diri
  4. Stress Di tempat Kerja
  5. Masalah Situasi

AKTIVITI KAUNSELING

Aktiviti Kaunseling

PERKEMBANGAN

Memberikan maklumat mengenai sumber dan kekuatan seseorang supaya ia mempunyai azam dan usaha kepada aktiviti sihat, peningkatan sifat positif

PENCEGAHAN

Mengadakan program-program pencegahan ke atas perlakuan dan sifat yang negatif dari segi emosi dan pemikirannya

INTERVENSI

Merubah dan membuka pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang bermasalah supaya menerokai, memulih dan mempertingkatkan keyakinan diri

PEMULIHAN

Penekanan adalah kepada isu-isu dan permasalahan peribadi, mentaliti, kerjaya dan penyesuaian diri agar seseorang itu dapat berfungsi sepenuhnya

KAUNSELING.....

Tujuan Kaunseling

1. Memberi Maklumat

  1. Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat
  2. Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah daripada kaunselor

2. Menggalakkan Celik Akal

  1. Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran
  2. Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinya

3. Memberi Sokongan

    Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah.

4. Penyelesaian Konflik

  1. Mengurangkan ketegangan dan permusuhan antara dua individu (pihak)
  2. Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang menguntungkan

5. Membuat keputusan

  1. Membantu klien membuat keputusan kerana kerap kali menghadapi masalah untuk membuat keputusan
  2. Kaunselor boleh mengemukakan cadangan dan berbincang dengan klien sebelum sesuatu keputusan diambil

MARI MENGENALI ILMU KAUNSELING...

Definisi Kaunseling.

Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling.

Objektif Kaunseling

  1. Menolong menganalisa keadaan, sikap, pandangan dan kelakuan yang menghalang klien bekerja dengan berkesan.
  2. Menolong klien untuk menyesuaikan diri dalam situasi bekerja melalui proses penyelesaian masalah.
  3. Membolehkan klien menganalisa pandangan mereka dan mencari pelbagai cara dan tingkah laku yang mengganggu.
  4. Menolong klien menyelesaikan masalahnya.