Thursday, September 2, 2010

Refleksi Fasilitator

Saya berasa sangat seronok, teruja, dan gembira sepanjang mengendalikan program Kembara Inspirasi ini. Banyak pengalaman yang saya perolehi melalui program ini. Idea-idea baru juga saya perolehi melalui perbincangan bersama rakan-rakan fasi yang lain. Sebenarnya, fasi yang mengikuti program ini terdiri daripada pelajar UPSI yang berlainan jurusan antaranya matematik, fizik, sejarah, bahasa melayu, sains sukan, kaunseling, pendidikan islam dan ada juga pelajar Master. Fasi juga terdiri daripada pelbagai semester dan kebanyakannya berpengalaman dalam pelbagai jawatan antaranya Jawatankuasa Mahasiswa Kolej, Pengarah, Setiausaha, Bendahari, dan sebagainya dalam persatuan masing-masing. Jadi, gabungan idea untuk menggubal modul dan memilih aktiviti sangat hebat sehingga kami berjaya melaksanakan program ini. Komen daripada pelajar yang paling menyentuh hati saya adalah kebanyakannya sangat seronok dan gembira mengikuti program ini disamping mendapat ilmu. Kata-kata peserta yang tidak dapat dilupakan adalah "ini adalah program yang paling 'best' yang pernah saya ikuti".

ICE BREAKING


Peserta dikehendaki menyiapkan sandwich bersama-sama ahli kumpulan, selepas siap semua peserta dalam setiap kumpulan dikehendaki makan sampai habis. Sanwich tersebut hanya mengandungi sayur, roti, dan sos sahaja.

ICE BREAKING


Ini antara perkara yang perlu dilakukan peserta, iaitu menukar kasut antara satu sama lain. Melalui aktiviti ini saya sudah nampak kejelekitan antara pelajar semakin kuat yang pada awalnya nampak dingin antara satu sama lain.

LDK-Kreatif Minda


Peserta dikehendaki berbincang dalam kumpulan untuk memikirkan barang yang akan dihasilkan 10 tahun akan datang. Barang tersebut mestilah canggih dan mempuyai pelbagai kegunaan. Selepas masa tamat setiap kumpulan mesti membentangkan hasil mereka.

REFLEKSI


Peserta diberi peluang untuk berkongsi rasa dan apa yang diperolehi dalam setiap aktiviti.

LATIHAN DALAM KUMPULAN


Pelajar dikehendaki membaling kertas dan kapas dengan menggunakan cara-cara tertentu dan jarak-jarak tertentu dan mesti mengenai sasaran yang sudah ditetapkan.

EXPLORACE-TTDI


Dalam aktiviti ini para pserta terpaksa melalui pelbagai halangan yang agak sukar. Tujuan aktiviti ini adalah untuk meningkatakan ketahanan mental dan fizikal disamping meningkatkan kecergasan mereka.